Terma & Syarat
Penganjur
Dutch Lady Milk Industries Berhad (196301000165/5063-V)
Peraduan
Dutch Lady 30 Hari 30 Kebaikan
Tempoh Peraduan
Peraduan ini bermula jam 00:00:00 pada 3hb April 2022 dan ditutup jam 23:59:59 pada 2hb Mei 2022.
Kelayakan
Peraduan ini terbuka kepada semua individu yang bermastautin secara sah di Malaysia dan Warganegara Malaysia yang berusia lapan belas [18] tahun dan ke atas pada 3hb April 2022.
Golongan berikut tidak layak menyertai Peraduan ini:
- Pekerja-pekerja pihak Penganjur dan kumpulan syarikatnya dan ahli keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik beradik, dan pasangan mereka);
- Pekerja-pekerja agensi Penganjur yang berkaitan dengan Peraduan dan keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan mereka).
Kaedah Penyertaan
Penyertaan Melalui Laman Sesawang (https://berkatramadan.smartmoments.com.my/)
-
Hantarkan maklumat yang berikut melalui laman sesawang di https://berkatramadan.smartmoments.com.my/;
- Nama Penuh
- Nombor Telefon
- Alamat e-mel
- Foto yang jelas dan kreatif yang mempamerkan anda dan/atau anak anda mengambil bahagian dalam mana-mana tugas harian seperti yang disiarkan di laman sesawang Penganjur; https://berkatramadan.smartmoments.com.my/
- Penganjur akan menyiarkan tugas harian selama tiga puluh (30) hari berturut-turut sepanjang tempoh peraduan (rujuk bahagian Perincian Pengadilan untuk maklumat lanjut mengenai langkah ini). Terdapat sejumlah 30 tugasan yang berbeza.
- Tiada had jumlah penyertaan sepanjang Tempoh Peraduan. Setiap penyertaan dengan butiran peribadi yang diperlukan dan gambar kreatif akan dikira sebagai (1) satu Penyertaan.
- Pihak Penganjur tidak akan menghantar laporan penerimaan penyertaan bagi setiap Penyertaan yang diterima.
- Untuk penyertaan Peraduan, kanak-kanak hendaklah berumur 1 tahun dan ke atas.
Tarikh Akhir Penyertaan
Semua Penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 23:59:59 pada 2hb Mei 2022. Penyertaan yang diterima di luar waktu peraduan akan dibatalkan secara automatik.
Untuk penyertaan Mingguan, penyertaan mesti diterima oleh Penganjur sebelum atau pada 23:59:59 hari terakhir seperti Jadual Mingguan Peraduan di bawah.
Jadual Mingguan Peraduan
- Minggu 1 : 03 April 2022 - 09 April 2022
- Minggu 2 : 10 April 2022 - 16 April 2022
- Minggu 3 : 17 April 2022 - 23 April 2022
- Minggu 4 : 24 April 2022 - 02 Mei 2022
Perincian Pengadilan
Pengesahan Penyertaan
- Semua butiran peribadi yang diperlukan
- Foto yang jelas dan kreatif yang mempamerkan anda dan/atau anak anda mengambil bahagian dalam mana-mana tugas harian yang diberikan
- Foto yang dihantar sebagai Penyertaan hendaklah berdasarkan kepada Tugasan Harian Peraduan yang tersedia ada di laman sesawang Penganjur: https://www.berkatramadan.smartmoments.com.my
- Penyertaan foto untuk tugas harian akan dinilai berdasarkan kepada Jadual Mingguan Peraduan dan mengikut tugasan yang disiarkan dalam setiap segmen Minggu peraduan.
- Penyertaan dengan foto tugas harian minggu sebelumnya tidak akan dikira sebagai penyertaan yang layak dan sah.
Setiap peserta, hanya boleh memenangi satu (01) hadiah sepanjang Tempoh Peraduan;
- satu (01) x eBaucar Shopee bernilai RM30 (eBaucar hanya sah untuk pembelian produk terpilih (*Tidak termasuk produk formula bayi*) di Kedai Rasmi Dutch Lady Shopee untuk produk di bawah jenama Dutch Lady ).
Pemenang yang disenarai pendek
- Peraduan ini mempunyai dua pusingan pemilihan untuk setiap minggu Peraduan; pusingan pertama dan Pusingan akhir.
- Pemilihan pusingan pertama akan dilakukan oleh juri bebas yang dilantik oleh Penganjur yang akan menyenarai pendek penyertaan berdasarkan setiap Jadual Minggu Peraduan.
- Pemenang yang disenarai pendek akhir akan dipilih oleh Penganjur di pusingan akhir.
-
Kriteria Penilaian atau Pengadilan:
- Kreativiti Foto
- Komposisi keseluruhan; berkaitan dengan Tema Peraduan
- Foto yang dianggap tidak sesuai untuk Peraduan ini , ketidak patuhan kepada Kod tata etika pemasaran makanan bayi dan produk berkaitan di bawah KKM serta di atas budibicara mutlak pihak Penganjur, akan dibatalkan daripada Peraduan ini. Gambar yang tidak sesuai termasuk, tetapi tidak terhad kepada elemen seksual atau yang melampau; melanggar atau mencabuli hak-hak individu lain atau undang-undang; pencirian tidak sopan sebarang etnik, bangsa atau kumpulan agama. Penyertaan sedemikian akan dibatalkan.
- Semua Pemenang yang disenarai pendek akan dihubungi melalui WhatsApp ke nombor hubungan yang telah diterima oleh Penganjur dalam Penyertaan. Pemenang yang disenarai pendek akan dihubungi melalui WhatsApp yang bernombor 013-692 8219.
Pengumuman Pemenang
Senarai pemenang juga akan diumumkan di laman sosial Penganjur https://www.facebook.com/DutchLady.SmartMoments dan laman sesawang di https://www.smartmoments.com.my
Hadiah
eBaucar Shopee bernilai RM30 x 30 Pemenang seminggu (x 4 minggu)
(eBaucar hanya sah untuk pembelian produk terpilih (*Tidak termasuk produk formula bayi*) di Kedai Rasmi Dutch Lady Shopee untuk produk di bawah jenama Dutch Lady ).
Sebanyak 120 Penyertaan akan dipilih untuk sepanjang Tempoh Peraduan.
Tarikh Tuntutan/Serahan Hadiah
- Penganjur, ejen, penaja dan wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana Peserta yang gagal menuntut Hadiah menurut ketetapan Tuntutan Hadiah/Tarikh Penghantaran dalam apa keadaan sekalipun.
- Hadiah sama sekali tidak boleh dipindah milik, diserah hak, ditukar atau ditebus oleh Peserta dalam apa-apa bentuk lain atau cara lain daripada yang ditetapkan oleh Penganjur.
- Hadiah akan diproses untuk penghantaran melalui alamat e-mel yang telah diterima oleh Penganjur dalam Penyertaan dalam masa 6-8 minggu selepas Pengumuman Pemenang Peraduan.
- Penganjur mempunyai hak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan nilai yang sama pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
- Hadiah mesti dituntut dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat atau pengumuman atau notis tuntutan hadiah yang mana lebih awal.
- Hadiah hendaklah digunakan/diambil sepenuhnya atas risiko Peserta dan Penganjur sama sekali tidak memberi sebarang jaminan mahupun menanggung sebarang liabiliti berhubung dengan Hadiah setakat yang dibenarkan undang-undang.
- Penganjur berhak menentukan pengurusan Hadiah yang tidak dituntut.
Syarat Tambahan
- Penganjur berhak mengikut budi bicara, tanpa memberi notis terlebih dahulu, dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap sesiapa, pada bila-bila masa untuk mengubah Terma dan Syarat termasuk mengubah Tempoh Peraduan, membuat penggantian Hadiah, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan secara keseluruhan atau sebahagiannya. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa Penyertaan berterusan mereka dalam Peraduan akan menandakan penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (sebagaimana yang diubah).
- Penganjur, para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana Peserta berhubung dengan sebarang kerugian atau kerosakan dan sebagainya yang ditanggung, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian secara tidak langsung atau berlanjutan, atau untuk kecederaan peribadi yang ditanggung atau dialami oleh Peserta yang timbul daripada atau berhubung dengan penyertaan Peserta dalam Peraduan ini, dan juga penebusan dan/atau penggunaan sebarang Hadiah yang dimenangi.
- Keputusan Penganjur dalam semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan termasuk pengadilan dan pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua Peserta. Sebarang surat menyurat atau rayuan berkaitan pengadilan dan pemilihan pemenang tidak akan dilayan.
- Peserta bersetuju bahawa segala hak milik harta intelek dalam sebarang kandungan dan/atau material yang dikemukakan, dibuat atau dicipta oleh Peserta berhubung dengan Peraduan ini dan sebarang hasil kerja terbitan yang timbul daripadanya akan secara kekal dan tanpa syarat menjadi hak, kepunyaan dan milik Penganjur. Penganjur berhak menggunakan dan mengubah suai material atau hasil kerja tersebut dalam apa cara sekalipun yang dianggap sesuai tanpa pampasan kepada Peserta dan Peserta mengetepikan segala haknya ke atas material atau hasil kerja tersebut.
- Dengan mengemukakan penyertaan untuk Peraduan ini, Peserta dianggap sudah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
- Untuk penerangan terperinci mengenai amalan privasi kami, sila rujuk kepada Polisi Privasi kami di https://www.dutchlady.com.my/privacy-policy.php. Penganjur berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini atau Polisi Privasi kami dari semasa ke semasa
-
Peserta mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Semua permintaan atau pertanyaan bertulis anda hendaklah dialamatkan kepada:
Dutch Lady Careline Telephone No.: 1-800-88-1191
E-mail address: dutchladycareline@frieslandcampina.com